Tuesday, 21 May 2013

Rumah Tradisional- Rumah Melayu dan Rumah Minangkabau

JENIS RUMAH DI NEGARA MALAYSIA

Setiap negara mempunyai reka bentuk dan jenis rumahnya yang tersendiri.
Di negara kita, ada dua jenis rumah, iaitu rumah tradisional dan rumah moden.


Rumah tradisionl di Negara Malaysia


Rumah tradisional ialah rumah yang masih mengekalkan ciri reka bentuk masyarakat dahulu. Kebanyakan rumah tradisional dibina daripada kayu.

  1. Rumah Melayu Melaka
Rumah Melayu

      

Tingkap rumah melayu
   

          Terdapat pelbagai variasi tingkap rumah Melayu Melaka mengikut citarasa dan kepandaian tukang-tukang rumah dahulu. Kebanyakan tingkap adalah dari jenis yang bukaannya ke luar dan mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar dan masuk dan juga berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak-anak kecil. Selain itu bahagian tingkap juga tidak terlepas dari hasil kerja tangan yang halus dengan adanya ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul yang mempunyai motif flora dan geometri.



2. Rumah Minangkabau



Rumah Minangkabau



          Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya melengkung di bahagian hujungnya. Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.

          Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang.





No comments:

Post a Comment