Rumah tradisionl di Negara Malaysia
1. Rumah Limas
Di Johor terdapat rumah-rumah bebentuk Limas, mudah dikenali kerana bumbungnya mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas menurun ke cucuran atap. Di hujung cucuran atapnya dihiasi dengan ukiran-ukiran. Rumah jenis ini terdapat di daerah Pontian.
Ciri-ciri untuk mengenali rumah ini ialah pada puncak bumbungnya dipasang kayu yang berbentuk tajam dipanggil Tunjak Langit. Rumah jenis ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di bahagian hujung serambi ialah ruang anjung. Ruang serambi ini dipisahkan oleh dinding dengan ruang ibu rumah. Manakal ibu rumah dan ruang dapur dipisahkan oleh ruang selang atau selasar. Bahan binaannya adalah dari kayu cengal, keranji, penak, meranti dan sebagainya.
2. Rumah Panjang
Rumah panjang adalah tempat kediaman kaum etnik Sarawak iaitu Kaum Iban. Ia biasanya dibina di tebingan sungai dan berdekatan dengan jalanraya. Pada zaman dahulu dan sekarang pembinaan rumah panjang ada perbezaannya bak kata orang lain tempat lain cara pembinaannya. Pengubahsuaian rumah panjang pada masa sekarang terdapat beberapa bahagian yang tidak dimasukkan dalam susunan/konsep pembinaan rumah panjang yang sebenarnya. Ini adalah berkemungkinan disebabkan oleh kos pembinaan yang tinggi. Lain pula dengan pembinaan rumah panjang saya yang moden susunan/konsep rumah panjang masih dikekalkan.
Di dalam pembinaan rumah panjang yang sebenar, terdapat beberapa bahagian yang masing-masingnya mempunyai fungsi tersendiri.
No comments:
Post a Comment