Tuesday 21 May 2013

Rumah Moden- Banglo

Rumah Moden

Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu ,kaca, besi, seramik, jubin dan kayu.


Rumah Banglo
          Rumah banglo merupakan rumah yang besar dan luas. Rumah itu juga dikenali sebagai sebuah rumah tunggal dalam satu kawasan tanah. Jadi, tentulah harganya mahal juga, sesuai dengan keunikannya serta keluasan tanah tempat sesebuah banglo didirikan.Di negara kita, terdapat pelbagai jenis rumah banglo. Tetapi kebanyakannya berbeza dari segi bilangan aras atau tingkat. Contohnya, yang biasa kita lihat adalah rumah banglo satu tingkat. Selain itu, rumah banglo dua tingkat juga biasa kita lihat.

         Rumah banglo tiga tingkat agak jarang dibuat oleh orang kecuali mereka yang mampu dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Rumah banglo satu tingkat amat sesuai kerana kita tidak perlu hendak naik ke tingkat yang lebih atas.
Di negara kita golongan yang berpendapatan tinggi amat gemar mendiami di rumah banglo. Di samping ruang rumah yang selesa dan luas sering kali rumah banglo ini juga mempunyai halaman yang luas.

No comments:

Post a Comment