Kajian Tempatan Tahun 4
Jenis-Jenis Rumah Di Negara Malaysia
Sunday, 26 May 2013
Tuesday, 21 May 2013
Rumah Moden- Rumah Kondominium
Rumah Moden
Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu ,kaca, besi, seramik, jubin dan kayu.
Rumah Kondominium
Kondominium merupakan rumah mewah yang mahal harganya. Kondominium dilengkapi dengan fasiliti :seperti tempat letak kereta berbumbung, taman permainan, dan kolam renang, Kebanyak kondominium di Malaysia dibina di kawasan bandar-bandar besar. Lokasi kondominium menarik minat golongan yang berpendapatan tinggi kerana persekitaran dan suasana yang aman, mempunyai perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam dan “kesibukan rendah”. Kondominium lengkap dengan kabinet dapur, almari baju, penghawa dingin dan pelbagai fasiliti lengkap.
Rumah Moden- Rumah Pangsa
Rumah Moden
Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu ,kaca, besi, seramik, jubin dan kayu.
Rumah Pangsa
Rumah pangsa adalah rumah yang bertingkat-tingkat. Rumah pangsa selalunya didiami oleh masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Rumah pangsa kebanyakaannya dibina dipinggir bandar.atau di bandar-bandar besar. Rumah pangsa dibina bagi menampung bilangan penduduk yang semakin ramai di negara kita.
Rumah Moden- Rumah Teres
Rumah Moden
Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu ,kaca, besi, seramik, jubin dan kayu.
Rumah Teres
Rumah teres terdiri daripada rumah teres setingkat dan rumah teres dua tingkat. Rumah teres ialah bersusun berbaris-baris. Reka bentuk rumah teres berasal berasal dari Eropah pada lewat abad ke-17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimej-cermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres dan sering lebih luas kawasan daripada rumah-rumah yang di tengah-tengah.Di negara kita, rumah teres amat digemari oleh penduduk sama ada di kawasan bandar-bandar kecil, atau di bandar-bandar besar.
Rumah Moden- Banglo
Rumah Moden
Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu ,kaca, besi, seramik, jubin dan kayu.
Rumah Banglo
Rumah banglo merupakan rumah yang besar dan luas. Rumah itu juga dikenali sebagai sebuah rumah tunggal dalam satu kawasan tanah. Jadi, tentulah harganya mahal juga, sesuai dengan keunikannya serta keluasan tanah tempat sesebuah banglo didirikan.Di negara kita, terdapat pelbagai jenis rumah banglo. Tetapi kebanyakannya berbeza dari segi bilangan aras atau tingkat. Contohnya, yang biasa kita lihat adalah rumah banglo satu tingkat. Selain itu, rumah banglo dua tingkat juga biasa kita lihat.
Rumah banglo tiga tingkat agak jarang dibuat oleh orang kecuali mereka yang mampu dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Rumah banglo satu tingkat amat sesuai kerana kita tidak perlu hendak naik ke tingkat yang lebih atas.
Rumah Tradisional- Rumah Kelantan
Rumah tradisionl di Negara Malaysia
Di Negeri Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.
Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau bersekat.
Rumah Kelantan

Subscribe to:
Posts (Atom)